Followers

Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT SEWAAN KEJORA HOMESTAY PUTRAJAYA
1. DAFTAR MASUK DAN KELUAR
a)    Daftar masuk : Selepas jam 2 pm  &  Daftar keluar : Sebelum 12 pm
b)    Caj sebanyak RM25/jam lewat dan bayaran penuh akan dikenakan jika keluar lewat dari pukul 3 pm. Budi bicara pihak Kejora Homestay Putrajaya boleh digunakan.
2. LARANGAN
a)    Dilarang merokok di dalam rumah (ruangan tempat kereta boleh digunakan)
b)    Dilarang membawa haiwan peliharaan ke dalam rumah
c)     Dilarang membawa makanan yang TIDAK HALAL dan minuman Keras
d)    Dilarang membuat maksiat atau menjalankan kegiatan tidak bermoral yang menyalahi undang-undang negara

3. BAYARAN
a)    Tempahan (Booking)  : RM 150.00/hari (bilangan hari sewa x RM150 untuk tempahan)
b)    Deposit Kebersihan & rumah : RM 100.00 (akan dikembalikan jika rumah berkeadaan baik dan charge tambahan akan dikenakan jika ada kerosakan @ kehilangan barang disebabkan penyewa mengikut nilai).
c)     Baki bayaran PENUH hendaklah dijelaskan pada waktu daftar masuk.
                                                                                             
4. PEMBATALAN TEMPAHAN
a)    >14 hari sebelum tarikh daftar masuk : deposit akan dipulangkan
b)    <14 hari sebelum tarikh daftar masuk : deposit tidak akan dipulangkan

5. LIABILITI
a)    Pemilik tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan, termasuk kecederaan atau kesakitan yang berlaku semasa anda berada di rumah ini.
b)    Pemilik juga tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang peribadi anda.

6. SYARAT-SYARAT LAIN
a)    Penyewa hendaklah memastikan rumah dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga.
b)    Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa  dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi sebelum meninggalkan premis Kejora Homestay Putrajaya
c)     Penyewa hendaklah memastikan kebersihan dalam rumah terjaga dan pemilik berhak mengambil deposit kebersihan jika didapati rumah dalam keadaan kotor.
Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.
Penyewa hendaklah meletakkan kenderaan di dalam pagar homestay dan sekiranya tidak muat, kenderaan tersebut hendaklah diletakkan dengan cara berhemah.
d)    Maksima 10 orang tetamu (dewasa & kanak-kanak) dibenarkan untuk menginap didalam satu-satu masa. Pihak Kejora homestay Putrajaya akan mengenakan bayaran tambahan RM20/tetamu & bergantung kepada budi bicara pihak Kejora Homestay Putrajaya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emalkan kepada kejorahomestay@gmail.com atau hubungi NAZRI ditalian +60126645235


YANG BENAR,

PENGURUSAN KEJORA HOMESTAY PUTRAJAYA

No comments:

Post a Comment

NEW!!!!!!:::::ONLINE BOOKING::::::

Kejora Homestay Putrajaya – Homestay Selesa & Strategik dekat MAEPS, MARDI & Hospital Serdang
Kejora Homestay Putrajaya

Kejora Homestay Putrajaya — Luas, Selesa & Strategik

Rumah teres dua tingkat 4 bilik, WiFi UNIFI, lengkap dengan dapur & mesin basuh. Lokasi hebat dekat MAEPS, MARDI, UPM & Hospital Serdang.

Koordinat: 2.974256°, 101.679086°
Berdekatan: Presint 11 Putrajaya, Stesen Shell & SKVE

Kenapa tetamu suka Kejora Homestay? Lokasi strategik, kemudahan lengkap dan ruang yang luas menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga, rombongan, atau penginapan berurusan.

Apa yang disediakan

  • 4 bilik tidur (Master: 2 Queen + 1 Single, 2 bilik Queen, 1 bilik single di tingkat bawah)
  • 3 bilik air; sejadah & bilik solat berdekatan
  • WiFi UNIFI berkelajuan tinggi, TV 40" + Astro
  • Dapur lengkap: periuk nasi, cerek, pembakar roti, peralatan memasak & pinggan mangkuk
  • Peti sejuk, mesin basuh automatik, ruang parkir yang mudah

Tempat menarik & kemudahan berdekatan

Hanya beberapa minit dari:

IOI City Mall
IOI City Mall Putrajaya
~8 minit
Alamanda Putrajaya
Alamanda Putrajaya
~10 minit
MAEPS Serdang
MAEPS Serdang
~5 minit
Hospital Serdang
Hospital Serdang
~5 minit
Taman Botani
Taman Botani Putrajaya
~12 minit
UPM
UPM, UNITEN, MMU
~10-15 minit

Harga & Polisi

Harga biasa: RM450/malam • Promosi: RM350/RM300 (tertakluk pada tarikh)

Deposit tempahan: RM150/malam • Deposit keselamatan & kebersihan: RM100 (dipulangkan jika tiada kerosakan)

Peraturan ringkas

  • Check-in selepas 3:00 petang • Check-out sebelum 12:00 tengah hari
  • Jaga kebersihan & harta benda; deposit akan ditolak jika ada kerosakan
  • Tidak dibenarkan membuat bising berlebihan; hormati jiran

Lokasi GPS

Latitude: 2.974256° • Longitude: 101.679086°

Soalan Lazim (FAQ)

Apa kemudahan WiFi yang disediakan?

WiFi UNIFI berkelajuan tinggi sesuai untuk kerja jarak jauh, mesyuarat online dan penstriman media.

Berapa kapasiti tetamu?

Ruang ini selesa untuk 8–10 orang bergantung kepada susunan katil dan tetamu tambahan.

Tips untuk penginapan

  • Tempah awal jika menghadiri acara besar di MAEPS atau PICC kerana ketersediaan terhad.
  • Gunakan akses SKVE/MEX untuk perjalanan yang lebih cepat ke KL & KLIA.
  • Hubungi tuan rumah untuk pertanyaan tentang peralatan bayi atau pengaturan katil.

Kejora Homestay Putrajaya — Taman Suria Tropika. Hubungi 012-664 5235 atau WhatsApp untuk tempahan.

Saranan SEO: muat naik gambar berkualiti tinggi, gunakan tajuk dan alt text yang relevan, dan terbitkan ulasan tetamu untuk meningkatkan enjin carian.

:::LINK for ONLINE payment:::

Maybank2u CIMBclick